I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, December 30, 2011

ya Allah ya Robb, ampunilah kami....

satu hadith yang masyhur....
“Orang yang beriman akan melihat dosanya umpama gunung yang menghempap, manakala ahli maksiat pula akan melihat dosa itu umpama lalat yang hinggap pada hidung.” (Hadith riwayat Bukhari


Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya orang mukmin apabila melakukan sesuatu dosa, terbentuklah bintik hitam pada hatinya. Apabila dia bertaubat, kemudian menghentikan dosa-dosanya dan beristighfar, maka bersihlah daripadanya bintik hitam itu. Dan apabila dia terus melakukan dosa, bertambahlah bintik hitam itu pada hatinya, sehingga tertutuplah seluruh hatinya, itulah karat yang disebut Allah SWT di dalam kitabNya: Sesekali tidak, sebenarnya apa yang mereka lakukan telah mengkaratkan(menutup) hati mereka. Surah Al-Mutoffifin ayat 14.” (Hadith riwayat Al-Baihaqi)

Apabila hati gelap, maka terpadamlah pandangan jiwa.
Hubungan dengan Allah SWT akan terputus, lantas maksiat kita akan lakukan tanpa peduli dan berkira-kira. Sebab itu, suka saya ulang-ulang sabda Rasulullah SAW:
“Tidak akan mencuri seorang pencuri, sekiranya ketika dia mencuri itu dia beriman. Tidak akan berzina seorang penzina, sekiranya ketika dia berzina itu dia beriman. Tidak akan meminum arak seorang peminum arak, sekiranya ketika dia meminum arak itu dia beriman.” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Sekiranya dia beriman, dia tidak akan melakukan dosa.
Kerana, dosa dengan keimanan adalah dua dunia yang berbeza. Tidak akan bersatu dalam satu masa. Maka hati yang gelap, akan memadamkan keimanan ini, akan melindungi keimanan ini, sekaligus membuatkan kita lemah dan terjerumus ke dalam dosa.
Sedangkan hati adalah raja.
Kita perhatikan pula sabda Rasulullah SAW:
“Ketahuilah di dalam jasad itu ada segumpal daging, apabila dia baik maka baiklah seluruh jasad, dan apabila dia buruk maka buruklah seluruh jasad. Ketahuilah bahawa itu adalah hati.” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim, dari Nu’man bin Basyir)

Kita tidak sedar akan hal ini. Kadangkala, kita fikir dosa itu satu perkara lain. Akan masuk ke dalam satu ‘akaun bank’ yang lain. Yang terpisah. Tidak. Tidak dan tidak.
Dosa ini akan masuk ke dalam ‘akaun bank’ yang sama. Ibarat virus. Menjalar dan memusnah, memadamkan pahala-pahala, dan menggelapkan jiwa. Seterusnya jika tidak dihalang, jika tidak dicuci dan dibersihkan, bukan sahaja akan merosakkan hati, tetapi juga sikap, akhlak, dan peribadi.
Kerana amalan, adalah apa yang menterjemahkan hati.
Kita akan jadi malas beribadah. Kita akan mula rasa jauh daripada Allah SWT, seakan-akan Allah tidak melihat kerja-kerja kita. Kita akan mula rasa cepat penat melakukan kebaikan. Kita akan cepat rasa marah. Cepat berputus asa. Cepat kecewa. Kerana dosa telah menghijab kita daripada Allah SWT.

Oleh itu, dalam hal ini kita perlu tersangat peka dan sensitif.
Dosa, perlu kita pandang sebagai yang lebih kotor daripada najis.
Kalau najis terlekat pada tangan kita, kita boleh rasa geli. Kita cuci. Maka bagaimana pula dosa yang menggelapkan hati, menjauhkan kita daripada Ilahi? Tidakkah sepatutnya kita rasa lebih geli?
Kerana itu, yang benar-benar sensitif dengan dosa ini hanya yang beriman.
Orang beriman bukanlah sempurna. Kerana iman itu naik dan ada masa turunnya. Tetapi keimanan yang bergetar, akan menyedarkan. Orang beriman akan cepat mencuci dosanya bila tersedar. Tidak akan berlama-lama. Dia akan menyesal bersungguh-sungguh, dan berusaha untuk tidak mengulangnya.
Sebab orang yang beriman, akan melihat dosa itu ibarat gunung yang akan menghempapnya.

Tetapi orang-orang yang tidak beriman, yang tidak benar keimanannya, yang ada masalah dengan keimanannya, orang-orang ini hanya akan memandang dosa seperti lalat yang hinggap pada hidungnya. Sangkanya, dengan kuis sedikit, dosa akan hilang begitu sahaja. Tidak ambil peduli.


ya Allah ya Robb, ampunilah kami yang lalai dalam mengerjakan ibadat...
ya Allah, berikanlah kesempatan hidup untuk memperbaiki diri kami, berikanlah kami petunjuk untuk menjadi manusia yang lebih bersyukur atas nikmat-Mu ya Allah. semoga dalam keadaan apapun kami masih tetap ingat kepada-Mu ya Allah. dan semoga kami termasuk ke dalam golongan2 penghuni Surga-Mu .. Ameen...



Tuesday, December 27, 2011

Antara Sifat-Sifat Syaitan yang Di ikuti Oleh Manusia....


“Allah s.w.t berfirman;Apakah yang menghalangi engkau (sehingga)kamu tidak bersujud (kepada Adam) ketika Aku menyuruhmu?”(iblis) menjawab”Aku lebih baik daripada dia.Engkau ciptakan aku daripada api dan sedangkan dia Engkau ciptakan daripada tanah“ (surah al-A’raf:ayat 12)
“(Iblis) menjawab, Kerana Engkau telah menyesatkan aku, pasti aku selalu menghalangi mereka daripada jalanMu yang lurus. Kemudian pasti aku akan mendatangi mereka dari depan, dari belakang, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur” (Surah al-A’raf: ayat 16-17)





Antara sifat syaitan yang digariskan Quran adalah :


1.Sombong dan angkuh


Syaitan adalah makhluk yang sombong dan angkuh.Ramai manusia bersifat seperti syaitan.
contohnya :
Kamu sekolah tak tinggi apa kamu tahu?
Aku lulusan ekonomi sudah tentu aku bijak!
Buruk betul kereta itu….
Apa keja penyapu sampah,tak standart langsung….

itulah antara ayat-ayat manusia sombong dan angkuh.Sifat sombong dan angkuh adalah sifat syaitan dan ianya diharamkan Allah.Sifat sombong akan menyebabkan seseorang masuk Neraka sbgmana sabda Baginda saw “Tidak akan masuk Syurga seseorang yang ada dalam hatinya sifat sombong walaupun sebesar atom”.
Manusia sombong dan angkuh kebiasaannya mempunyai sifat lebih sempurna contohnya menjadi pengarah,pegawai besar,orang kaya,memandu kereta mewah,berupa cantik,hidung mancung dan sebagainya.Manusia yang dikurniakan pelbagai kelebihan dan berbangga dgn nikmat yang dimiliki.
Mereka yang sombong adalah mengikut sifat syaitan dan layak dianggap teman syaitan.


2.Menyuruh kejahatan.


Syaitan telah berjanji untuk menyesatkan manusia hingga kiamat.Ia tahu bahawa dirinya bakal menjadi ahli Neraka dan mahu menjemput lebih ramai manusia ke Neraka bersamanya.
Manusia yang menyuruh kejahatan adalah manusia yang mencontohi sifat syaitan.


“Apa la kau dengar je,,marilah sama-sama mengumpat”.
“Masuklah insurans ini,tinggi dividennya…apa nak kira halal ke haram”.
“Tak payah solat…ini hari pengantin,nanti qadak je..”
“Dah berkurun nenek moyang kita ajar tangkal,ikut sahajalah”
“Saya bagi komisen kalu projek tu Pengarah beri syarikat saya”.
“Marilah dengar ceramah kebaikan Syiah..ia ajaran baik”.
“Kau nak beli nombor ekor tak?aku nak pi beli ni..kirim je kat aku”
“Tak patah tutup aurat..pakai je gaun seksi tue..ini hari pengantin..kahwin sekali je..”

Itulah antara ucapan dan kata-kata manusia menyeru kejahatan dan ianya adalah sifat syaitan durjana.Jika melihat manusia suka menyuruh maksiat dan kejahatan,ia membuktikan mereka mengikut telunjuk syaitan.


3.Tidak bersyukur.


Syaitan diberikan nikmat menjadi ahli syurga ketika belum dicipta Adam a.s namun ia kufur dan tidak bersyukur .Akhirnya syaitan dicampak ke dunia.Syaitan berjanji menghasut manusia agar tidak bersyukur sepertinya.


Kita lihat ramai manusia tidak bersyukur walaupun diberikan lima pancaindera.Allah wajibkan solat,solat ditinggalkan.Allah berikan rezeki sejak kecil,namun tidak bersyukur.Allah jadikan dunia sebagai indah namun ramai menulis dalam Facebook “Bosannya hari ini…”
Itulah manusia tidak bersyukur.


Ramai manusia tidak bersyukur hari ini.Dapat gaji RM1000 mahu gaji RM5000,memandu kereta Wira mahukan Mercedes,tinggal rumah flet,mahukan banglo,dikurniakan seorang anak,mahukan 10 anak.Sebagai manusia beriman perlu bersyukur dengan apa yang ada dan berusaha gigih,bukannya mengeluh dan tidak bersyukur.


Ramai manusia bertanya “Mengapa jadikan aku miskin?”Mengapa jadikan aku hodoh?Mengapa jadikan aku buta?mengapa dan mengapa…sedangkan Allah memberi kelemahan dan kelebihan pada setiap manusia…


Ramai manusia buta namun mampu menghafal 30 juzuk Quran dengan sempurna.Ramai manusia celik tetapi tidak mampu menghafal Quran.Itulah kelebihan dan kekurangan.
Bekas pensyarah Universiti Islam Madinah dan juga Mufti Arab Saudi Almarhum syeikh Abdul Aziz bin Baz rahimullah adalah manusia buta.Beliau menghafal Quran dan mampu menjadi pensyarah yang baik.


Diceritakan bahawa beliau berjalan tanpa tongkat dan tahu pelajar yang tidak berdiri pabila disuruh berdiri..amat hebat manusia buta ini…
Ketika saya belajar di Universiti,beliau telah menjawat jawatan Mufti….pensyarah sering menceritakan kisah-kisah ajaib tentang beliau.


Bersyukurlah kerana syukur itu Mahmudah dan tidak bersyukur itu sifat syaitan.
Manusia beriman itu perlu mengkaji ayat-ayat Quran agar tahu segala sifat syaitan dan menjauhi sifat-sifat tersebut.Syaitan adalah musuh Allah dan sesiapa yang mengikut sifat syaitan maka jadilah mereka syaitan dalam golongan manusia.

Monday, February 21, 2011

...Kenapalah Engkau Malas Nak Sembahyang...


kenapalah engkau malas nak sembahyang
Allah beri engkau jasad lengkap dengan bayang-bayang,
Tidakkah lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri roh malam dan siang?

kenapalah engkau malas nak sembahyang
Allah beri akal supaya engkau berbeza dengan binatang,
Allah beri ilmu boleh berfikir susah dan senang,
Allah beri banyak nikmat kenapa tidak dikenang?

kenapalah engkau malas nak sembahyang
Main bola sanggup sampai ke petang,
Beli tiket konsert sanggup beratur panjang,
Engkau ingat boleh masuk syurga dengan senang?

kenapalah engkau malas nak sembahyang
Hendak makan minum pun dah senang,
Negara aman bukan perlu berperang,
Lima minit untuk lima waktu pun tak boleh luang.

kenapalah engkau malas nak sembahyang
Ingatlah umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat, petang boleh kaku kejang,
Dalam kubur nanti jawablah seorang.

kenapalah engkau malas nak sembahyang
Siksa neraka cubalah dibayang,
Masa di akhirat terlalu panjang,
Janji Allah pasti datang tak kan terhalang.





“Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan.”
 utk renungan bersama...